Pakej Kit Blogger v2
Terma & Syarat Pembelian Serta Penggunaan
Berikut adalah terma dan syarat untuk Pakej Kit Blogger v2. Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas |
-
Harga tetap untuk pakej ebook ini adalah RM47, melainkan jika pihak kami, rekablog.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
-
Harga RM47 adalah untuk Ebook Panduan Asas WordPress dan Pelan Tindakan Kit Blogger.. Lain-lain bonus adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus Rujukan Tambahan yang dinyatakan di laman sales letter bila-bila masa sahaja boleh diberhentikan penawarannya.
-
Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com/kit dan reseller yang sah sahaja.
-
Pakej Siri Kit Blogger versi 2 ini lebih menumpu kepada Cara Membina dan Memulakan Blog Dengan Betul. Pakej ini tidak sama sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, google adsense atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain. Namun ia akan disentuh juga secara umum sahaja.
-
Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
-
Pihak RekaBlog.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari dari tarikh anda menerima Pakej Kit Blogger v2 ini, namun dengan beberapa syarat anda telah usaha langkah demi langkah seperti yang diterangkan di dalam ebook.
-
Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
-
Namun, jika Pakej Ebook ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang salah di sisi undang-undang atau etika Internet, maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut.
Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook |
-
Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
-
Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
-
Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda seorang. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
-
Sebarang masalah dengan link download, fail rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporakan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.
-
Kebiasaannya, fail ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian Internet pembeli yang bermasalah menyebabkan fail tidak dapat didownload dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa kaedah lain.
- Tamat Terma & Syarat -
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Pakej Kit Blogger v2 ini.
Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli pakej ini bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati anda kelak. |